Wednesday, September 24, 2014

Selamat Datang

Salam 1 Malaysia,
Blog ini saya bina khusus untuk berkongsi dan membantu PDP guru-guru Sains Tahun 4 KSSR . Mungkin ada yang tengah mencari bahan-bahan untuk mengajar Sains mengikut topik tahun 4 KSSR. Disebabkan kekurangan sumber rujukan KSSR maka bahan-bahan ini saya kumpul dan saya bina untuk memudahkan saya mengajar Sains menggunakan komputer bagi tahun-tahun yang akan datang. Jadi selepas ini tak perlulah saya membangunkan atau tercari-cari bahan apabila nak mengajar Sains Tahun 4.


Kebanyakan bahan yang saya nak kongsi adalah berbentuk Power Point , video-video yang berkaitan dan lembaran kerja yang boleh digunakan bagi setiap topik yang diajar. Senangkan? Malahan memudahkan guru-guru menerangkan konsep dan fakta Sains kepada murid dengan mudah. Murid sukakan ICT, ini bermaksud bahan-bahan ini mampu menarik minat murid untuk belajar Sains dengan lebih mudah.


Mungkin blog ini masih baru dan masih dalam proses dibangunkan. Saya akan updated bahan-bahan saya dari masa ke semasa... Ada masa saya akan masukkan... bagi topik yang ke hadapan tu mgkin lambat la skit sbb saya pun belum ajar mereka lagi.. Harap2 hujung tahun ini akan complete semuanya. Harap bersabar k....

Pada yang menggunakan bahan-bahan saya harap tinggalkan message atau komen supaya saya dapat membina lebih banyak lagi bahan-bahan yang sesuai..

OK Jumpa lagi.

No comments:

Post a Comment